senai-desaru expressway berhad
Compliments
Sangat bagus dan menjimatkan masa.


En. Rahim, Taman Cahaya.
Home arrow News arrow E22 Tawar Diskaun Tol 10 Peratus Sempena Hari Deepavali
E22 Tawar Diskaun Tol 10 Peratus Sempena Hari Deepavali

  Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua pengguna kenderaan kelas 1 di Lebuhraya E22 sempena sambutan Hari Deepavali tahun ini.

Diskaun tersebut ditawarkan kepada semua pengguna kenderaan kelas 1 sama ada yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC) di lorong Touch 'n Go dan SmartTag atau membuat bayaran tol secara tunai.

Walaubagaimanapun, pihak SDEB menggalakkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol secara elektronik agar perjalanan lebih cepat dan selesa.

Potongan sebanyak 10 peratus itu akan bermula pada pukul 6.00 pagi 29 Oktober 2016 sehingga 6.00 pagi pada 30 Oktober 2016. Diskaun yang ditawarkan sempena sambutan Hari Deepavali ini merupakan satu daripada pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan oleh SDEB.

SDEB juga berharap semua pengguna lebuh raya mengamalkan pemanduan yang berhemah sempena cuti perayaan ini.

diskaun_raya2016.jpg

diskaun1_raya2016.jpg